SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY

Saturday, January 4, 2014

Mat Rempit berjemaah beramai-ramai di lokap sempena Tahun Baru 2014

Cubaan ribuan mat rempit yang cuba untuk 'menawan' kawasan Batu Ferringhi malam kelmarin bagi  mengadakan pesta sambutan tahun baru 2014 di situ gagal apabila rancangan mereka dapat dihidu pihak berkuasa.
Kesemua mereka berusia antara belasan tahun sehingga 30-an dan dianggarkan berjumlah melebihi 2,500 orang termasuk wanita.
Mereka dipercayai datang dari beberapa buah negeri jiran termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Perlis semata-mata untuk menyertai pesta tersebut.
Kehadiran mereka dalam jumlah yang luar biasa menimbulkan kebimbangan orang awam mengenai tahap keselamatan mereka, tetapi turut memaksa polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau pergerakan dan tindakan mereka.
Ada antara ahli kumpulan pelesit rempit itu bertindak ganas dengan melanggar sekatan di laluan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, selain melanggar sekatan jalan raya yang dibuat oleh polis.
Terdapat juga yang mengambil kesempatan dengan keadaan kacau-bilau yang wujud itu dengan melakukan jenayah ragut di sekitar negeri ini sebelum berkumpul untuk menyertai pesta tersebut. -Kosmo


No comments:

Post a Comment