SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY
Showing posts with label Jom Gajet!. Show all posts
Showing posts with label Jom Gajet!. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Tablet murah terbaik 2013

Mencari tablet murah terbaik tahun 2013? Kami di Jom Topi akan menyenaraikan 8 tablet murah dan terbaik sepanjang tahun 2013 untuk anda impikan sebagai bonus tahun ini. 


Google Nexus 7


Dianggap sebagai tablet terbaik 2013, Nexus 7 menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja paparan yang tajam dan cerah, Nexus 7 adalah dijadikan contoh untuk tablet-tablet yang ada dipasaran. Processor yang laju selain dari mempunyai kamera 5MP, android 4.3 menjadikan tablet ini penuh dengan spesifikasi yang tinggi dan murah. 

Asus Memo Pad HD 7


Asus adahlah syarikat di sebalik kejayaan Google Nexus 7 Google, tetapi mereka tidak mendapat banyak pengiktirafan, jadi mereka telah membuat keputusan untuk melakukannya secara sendirian. Antara ciri ciri Memo Pad HD 7 adalah plastik yang kukuh yang boleh didapati dalam pelbagai warna, bersama-sama dengan pemproses quad-core 1.2 GHz dan mempunyai paparan 1,280 x 800 IPS, terutamanya ketika mahu bersaing dengan Nexus 7. Walau bagaimanapun, ianya tidak mampu untuk menandingi tablet-tablet yang terkenal. 

Amazon Kindle Fire HDX


Amazon telah meningkatkan ciri ciri Kindle Fire nya dengan pemproses quad-core Snapdragon 800, 2GB RAM serta satu ciri unik tambahan iaitu Mayday. Jangka hayat bateri selama 11 jam cukup untuk anda bermain dengan tablet ini. 


Tesco Hudl 


Percaya atau tidak, Tesco juga ada tabletnya yang tersendiri. Dengan niat untuk bersaing dengan Amazon. Dinamakan Hudl (huddle) tablet ini mempunyai spesifikasi yang agak baik. Pemproses quad-core 1.5 GHz, dwi-band Wi-Fi dan 16GB penyimpanan dalaman yang boleh diperkembangkan sehingga 48GB dengan Micro SD. Skrin 7 inci dengan paparan 243 ppi cukup besar untuk menonton video. Ianya satu langkah bijak dari Tesco untuk memasuki pasaran tablet, terutamanya ketika mereka mempunyai aplikasi dari mata Clubcard untuk membeli-belah dalam talian.


Amazon Kindle Fire


Setelah model Fire yang terdahulu kurang mendapat sambutan, Amazon telah memperkenalkan Kindle Fire yang telah ditambah baik. Dengan paparan HD, harga yang murah serta beberapa perubahan 'kosmetik'. Model baru datang dengan resolusi 1280x800 paparan 7-inci, pemproses dwi-teras dan versi 3.0 sistem operasi Fire. 

Nook HD+


Dengan HD paparan 9-inci, ia adalah pilihan yang terbaik dalam senarai ini jika anda mahu sesuatu yang sedikit lebih besar daripada 7-inci. Tidak seperti tablet Amazon, anda akan mempunyai akses langsung kepada perkhidmatan Google dan Play Store, manakala pemproses dwi-teras terus memastikan tablet ini lancar. Anda akan mempunyai 16GB penyimpanan data tetapi ini boleh dikembang dengan slot Micro SD.

Asus FonePad


Seperti nama tablet ini, ianya bukan sekadar tablet, tapi juga mempunyai upaya untuk membuat panggilan kerana dilengkapi dengan slot simkad 3G. Selain daripada ciri utama ini terdapat juga paparan HD 7 inci dengan sudut tontonan yang baik, slot Micro SD dan kamera belakang 3MP

Samsung Galaxy Tab 3 7.0


Dengan generasi ke-3 ianya mempunyai skrin asas yang sama dari 3 tahun yang dulu. Mempunyai resolusi 1024 x 600 yang tidak sepadan dengan Nexus 7 ataupun Asus Memopad HD. Tablet ini hanya ditambah baik jangka hayat bateri dan juga mempunyai 2 kamera di depan dan belakang. 

Friday, December 6, 2013

10 Laptop Terbaik 2013 Part 1

Anda bercadang untuk membeli laptop baru. Biar kami tolong anda. Dibawah adalah senarai laptop yang sesuai untuk anda dengan harga yang berpatutan. Bak kata orang 'value for money'. Berikut adalah 10 laptop terbaik 2013. 

Sony Vaio Pro 13


Lengkap dengan generasi terbaru pemproses I5 Intel Core dan Triluminous, paparan beresolusi tinggi dengan skrin sentuh, komputer riba Sony ini adalah satu cadangan yang bernas. Dalam dunia Ultrabook, laptop ini adalah super nipis dan ringan, dan juga sangat tahan disebabkan oleh badan gentian karbon. Port juga banyak dengan sambungan HDMI, port berkembar USB 3.0dan pembaca kad SD. Terdapat juga dalam 4GB RAM, 128GB SSD dan sokongan untuk Bluetooth 4.0.


Asus Vivobook s400


Bergaya dan langsing, Ultrabook ini datang dalam beberapa ciri-ciri komputer yang kuat, sambil mengekalkan berat di bawah dua kilogram untuk memastikan ia mudah dimasukkan ke dalam beg anda. Dilengkapi dengan HD skrin sentuh 14-inci dan dikuasakan oleh pemproses Intel Core I5. Untuk memastikan jumlah maksimum simpanan, namun masih prestasi, Asus telah memasang 500GB HDD dengan cache drive 24GB SSD. Bateri tahan kira-kira enam jam yangh mencukupi untuk anda melalui hari kerja.

Toshiba Kirabook


Mempunyai 2560 x 1440 PixelPure Paparan LED backlit, Ultrabook ini menenggelamkan anda dalam dunia warna-warni Windows 8. Menjanakan skrin indah ini adalah I5 pemproses dwi-teras Intel Core, 8GB DDR3 RAM dan 256GB SSD untuk simpanan fail anda. Speakers dari HARMAN KARDON untuk kekuatan tambahan, port HDMI untuk sambungan ke TV anda dan juga butang eko yang akan mengurangkan penggunaan kuasa anda tanpa menganggu prestasi laptop. 


Dell Inspiron 15z


Walaupun mungkin tidak akan menang anugerah bagi reka bentuk, Ultrabook dari Dell masih merupakan pembelian yang berbaloi kerana harga yang rendah dan skrin sentuh yang besar. 720p paparan Truelife bertindak balas dengan baik, manakala pemproses Intel Core i5 dan 6GB RAM membuatkan Windows 8 berjalan dengan lancar. Di bawah casis terdapat 500GB HDD, dipasangkan dengan 32GB SSD untuk boot up yang sangat pantas.


Asus Zenbook UX51


Ultrabook ini tentang kelajuan, namun sambil memastikan ianya ringan dan mudah alih. Menjanakan mesin ini adalah Core I7 quad-core dan 8GB RAM, manakala 256GB SSD membuat slow boot-up satu perkara yang lalu. Paparan 1080p adalah segar dan speaker Bang & Olufsen membuatkan anda menonton filem dengan senyuman.

Wednesday, November 20, 2013

Power to the Google?

The Nexus 5

Antara gajet yang paling dinanti tahun ini ialah telefon pintar dari Google. Nexus 5. So apa yang ditunggu oleh peminat android? Adakah Nexus 5 dapat berdiri setanding pencabar yang lain seperti Apple iPhone 5S, HTC One atau Samsung Note 3. 

Apa itu Nexus 5?

Nexus 5 keluaran Google boleh dikatakan sebagai android yang 'pure'. Dilengkapi dengan OS Android terbaru iaitu KitKat 4.4 (memang google suka benda manis agaknya). Mempunyai 5 inci, 1080p IPS Plus skrin, Qualcomm quad core 2.3Ghz Snapdragon 800 prosessor, 2GB RAM, bateri 2300Mah dan kamera 8MP. Tidak seperti Nexus 4, Nexus 5 kini dilengkapi dengan keupayaan LTE. Sememangnya 'hardware' Nexus 5 ini tampak gagah. Tapi gagah ke? 

Yang penting, apa paling menarik mengenai Nexus 5 adalah harganya. Kalau anda mahukan telefon pintar yang canggih dan hebat tapi mempunyai bajet yang minimal. Pasti Nexus 5 patut anda beri perhatian. 


gambar dari gizmodo

Apa yang bagus sgt?

Satu yang pasti Nexus 5 adalah laju. Jika anda pengguna Samsung, pasti anda terasa kelainan antara Nexus dan Samsung. Selain itu, mesti kita akan tanya prestasi kamera Nexus 5. Malangnya, kamera Nexus 5 cuma ok sahaja. 'Software' adalah yang terbaru dari Google. Maknanya anda akan mendapat 'update' terbaru dengan cepat.

Patut kah saya beli?

Kalau anda mahukan pengalaman android yang paling 'suci' anda patut dapatkan Nexus 5 ini. Selain dengan harga yang mampu milik berbanding pencabar yang lain seperti Iphone5S, Samsung Galaxy s4 mahupun HTC One. Bak kata orang. Berbaloi baloi. 




Thursday, October 24, 2013

Promosi Pakej Maxis Home Fibre + Astro Byond IPTV

Promosi Pakej Maxis Home Fibre + Astro Byond IPTV

Caj internet dan astro mahal? Nak jimat? Bayangkan anda boleh jimat sehingga RM132 sebulan. Banyak tu.

Anda kaki download atau kaki youtube? Selalu kecewa bila quota sudah abes? Sekarang ada alternatif yang lain. Maxis Home Fibre menawarkan kelajuan dari 10Mbps sehingga 30Mbps. Download movie, anime, tv drama kini bertambah pantas! Sambil tunggu boleh tengok Astro Byond. Double whammy!!

Anda juga tak perlu pening kepala untuk bayar bil berlainan. Cuma satu harga untuk dua servis yang hebat! 

Kini dengan serendah RM248 sebulan anda boleh melayari internet dengan kelajuan yang memuaskan hati anda serta menonton program tv secara HD. Dan ianya semudah A, B dan C. 


A. Pilih pakej Maxis Home Fibre (10Mbps, 20Mbps, 30Mbps)
B. Pilih Astro Byond IPTV (Kesemua superpack termasuk saluran sukan dan movies dalam HD)
C. Pilih sama ada mahu line telefon atau tak. Terpulang kepada anda. 


Kenapa Perlu Langgan Pakej Ini

  • Anda boleh henti, tonton dan ulang dan rakam rancangan yang anda minati. 
  • Anda akan menikmati pelbagai rancangan dalam HD sesuai dengan TV canggih anda. 
  • Anda boleh tonton rancangan kegemaran anda dimana mana saja pada bila bila masa dengan Astro-On-The-Go dan Catch-Up TV
  • Anda akan nikmati 700 jam Video-On-Demand
  • Anda akan alami internet terpantas dan tanpa had!
dan yang paling penting anda akan JIMAT sebanyak RM132 sebulan!!!

Hubungi kami dan kami akan hantarkan borang kepada anda! 




Tuesday, October 22, 2013

Time To #Switch

Nokia Lumia 1020

#Switch - begitulah  hashtag dari pengeluar telefon terkemuka Nokia. Walaupun pasaran diterokai oleh Apple dan Samsung, Nokia juga mahu merebut kembali tempat yang satu ketika dikuasai oleh mereka.

Nokia Lumia 1020 adalah sebuah telefon yang ditunggu sejak sekian lama oleh penggemar OS Windows. Walaupun tidak sehebat Samsung Galaxy Note 3 atau S4, tapi bagi mereka yang suka akan bergambar  pasti akan terinzal dengan kehebatan Lumia 1020 ini. 
gambar dari Nokia
Reka Bentuk dan Ciri Ciri
Secara luaran, bentuk Lumia 1020 tidak lari dari Lumia 920 tetapi Lumia 1020 mempunyai hasil ‘matte’ manakala Lumia 920 adalah berkilat. Seperti siri-siri Lumia yang lain, Lumia 1020 juga didatangkan dengan 3 warna iaitu putih, hitam dan kuning. Harus diingat ianya agak besar dan berat. 

Ianya diburukkan lagi dengan terletak nya kamera yang agak ‘menonjol’ di bahagian belakang nya. Kamera Lumia 1020 mempunyai 41MP, teknologi PureView, Imej Penstabilan Optik dan zum yang beresolusi tinggi. Lumia 1020 adalah seberat 158g dan berketebalan 10.4mm membuatkan kurang nipis dari saingan terdekat seperti Galaxy S4, iPhone 5S dan HTC One. 


gambar dari nokia
gambar dari Nokia


Terdapat juga isu ergonomik dengan reka bentuk telefon ini. Ianya terasa agak janggal kerana kamera yang agak terkeluar dari ‘body’ telefon ini. Tetapi, Lumia 1020 tetap mempunyai cirri-ciri Lumia yang telah ada sebelum ini. Penjuru yang melengkung dan warna yang terang dan menarik.

Antara ciri tipikal Lumia yang biasa dilihat juga terdapat pada Lumia 1020. Butang hanya terdapat pada sisi kanan telefon .  Tiada slot memori, dan slot microSIM terletak di bahagian atas telefon. 


Ianya didatangkan dalam 32GB dan 64GB dan mempunyai fungsi seperti NFC, 4G dan GPS. Seperti yang sedia maklum GPS dari Nokia adalah yang terbaik berbanding Google Maps.

gambar dari Nokia

Harga bagi Lumia 1020 adalah RM2,168 boleh didapati di kedai kedai telefon yang  berhampiran.