SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY

Tuesday, October 22, 2013

Time To #Switch

Nokia Lumia 1020

#Switch - begitulah  hashtag dari pengeluar telefon terkemuka Nokia. Walaupun pasaran diterokai oleh Apple dan Samsung, Nokia juga mahu merebut kembali tempat yang satu ketika dikuasai oleh mereka.

Nokia Lumia 1020 adalah sebuah telefon yang ditunggu sejak sekian lama oleh penggemar OS Windows. Walaupun tidak sehebat Samsung Galaxy Note 3 atau S4, tapi bagi mereka yang suka akan bergambar  pasti akan terinzal dengan kehebatan Lumia 1020 ini. 
gambar dari Nokia
Reka Bentuk dan Ciri Ciri
Secara luaran, bentuk Lumia 1020 tidak lari dari Lumia 920 tetapi Lumia 1020 mempunyai hasil ‘matte’ manakala Lumia 920 adalah berkilat. Seperti siri-siri Lumia yang lain, Lumia 1020 juga didatangkan dengan 3 warna iaitu putih, hitam dan kuning. Harus diingat ianya agak besar dan berat. 

Ianya diburukkan lagi dengan terletak nya kamera yang agak ‘menonjol’ di bahagian belakang nya. Kamera Lumia 1020 mempunyai 41MP, teknologi PureView, Imej Penstabilan Optik dan zum yang beresolusi tinggi. Lumia 1020 adalah seberat 158g dan berketebalan 10.4mm membuatkan kurang nipis dari saingan terdekat seperti Galaxy S4, iPhone 5S dan HTC One. 


gambar dari nokia
gambar dari Nokia


Terdapat juga isu ergonomik dengan reka bentuk telefon ini. Ianya terasa agak janggal kerana kamera yang agak terkeluar dari ‘body’ telefon ini. Tetapi, Lumia 1020 tetap mempunyai cirri-ciri Lumia yang telah ada sebelum ini. Penjuru yang melengkung dan warna yang terang dan menarik.

Antara ciri tipikal Lumia yang biasa dilihat juga terdapat pada Lumia 1020. Butang hanya terdapat pada sisi kanan telefon .  Tiada slot memori, dan slot microSIM terletak di bahagian atas telefon. 


Ianya didatangkan dalam 32GB dan 64GB dan mempunyai fungsi seperti NFC, 4G dan GPS. Seperti yang sedia maklum GPS dari Nokia adalah yang terbaik berbanding Google Maps.

gambar dari Nokia

Harga bagi Lumia 1020 adalah RM2,168 boleh didapati di kedai kedai telefon yang  berhampiran.                                                              




No comments:

Post a Comment