SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY

Friday, October 25, 2013

Dreamy Creamy

Creamy Spaghetti Cabonara


Kelas memasak hari ini kita akan cuba memasak masakan Itali yang popular iaitu Creamy spaghetti cabonara. 



Bahan-Bahan 

1 paket spaghetti (tak kisah jenama apa)
2 biji kuning telur
1/2 cawan 'heavy cream' (boleh cari di pasaraya - cold storage dsb)
1 sudu 'extra-virgin' minyak zaitun (olive oil atau pakai je minyak masak or butter)
2 ulas bawang putih dicincang halus
Parmesan cheese
Susu Cair
Black pepper
Daun Pasli

*anda boleh guna udang, sotong, kepah kalau nak seafood cabonara atau hotdog dan bacon pun boleh

Cara Memasak


  1. Panaskan air di dalam periuk yang dicampur dengan garam. Masukkan spaghetti dan biarkan ianya masak sehingga 'al dente' atau lembut. Kemudian toskan spaghetti dan letak tepi
  2. Sementara  tunggu spaghetti masak, ambil mangkuk kecil dan pukul 2 biji kuning telur bersama dengan 'heavy cream'. Pukul secukup rasa. 
  3. Panaskan kuali dan masukkan bawang putih yang dicincang halus sehingga kekuningan. 
  4. Masukkan bahan basah (udang,sotong dan sebagainya ikut citarasa) dan pastikan bahan tersebut masak.
  5. Kemudian, masukkan spaghetti kedalam kuali beserta dengan telur dan krim yang dipukul tadi. Kalau pekat tambahkan susu cair sedikit. 
  6. Gaul spaghetti dan sos krim sehingga sebati. 
  7. Taburkan parmesan cheese dan black pepper mengikut citarasa anda. Hias dengan daun pasli. 
  8. Walla!! Satu hidangan creamy spaghetti cabonara sudah siap dan boleh dimakan.


No comments:

Post a Comment