SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY

Wednesday, November 20, 2013

Power to the Google?

The Nexus 5

Antara gajet yang paling dinanti tahun ini ialah telefon pintar dari Google. Nexus 5. So apa yang ditunggu oleh peminat android? Adakah Nexus 5 dapat berdiri setanding pencabar yang lain seperti Apple iPhone 5S, HTC One atau Samsung Note 3. 

Apa itu Nexus 5?

Nexus 5 keluaran Google boleh dikatakan sebagai android yang 'pure'. Dilengkapi dengan OS Android terbaru iaitu KitKat 4.4 (memang google suka benda manis agaknya). Mempunyai 5 inci, 1080p IPS Plus skrin, Qualcomm quad core 2.3Ghz Snapdragon 800 prosessor, 2GB RAM, bateri 2300Mah dan kamera 8MP. Tidak seperti Nexus 4, Nexus 5 kini dilengkapi dengan keupayaan LTE. Sememangnya 'hardware' Nexus 5 ini tampak gagah. Tapi gagah ke? 

Yang penting, apa paling menarik mengenai Nexus 5 adalah harganya. Kalau anda mahukan telefon pintar yang canggih dan hebat tapi mempunyai bajet yang minimal. Pasti Nexus 5 patut anda beri perhatian. 


gambar dari gizmodo

Apa yang bagus sgt?

Satu yang pasti Nexus 5 adalah laju. Jika anda pengguna Samsung, pasti anda terasa kelainan antara Nexus dan Samsung. Selain itu, mesti kita akan tanya prestasi kamera Nexus 5. Malangnya, kamera Nexus 5 cuma ok sahaja. 'Software' adalah yang terbaru dari Google. Maknanya anda akan mendapat 'update' terbaru dengan cepat.

Patut kah saya beli?

Kalau anda mahukan pengalaman android yang paling 'suci' anda patut dapatkan Nexus 5 ini. Selain dengan harga yang mampu milik berbanding pencabar yang lain seperti Iphone5S, Samsung Galaxy s4 mahupun HTC One. Bak kata orang. Berbaloi baloi. 




No comments:

Post a Comment