SEXY CELEBRITY PICTURE
HOT NEWS CELEBRITY

Tuesday, December 3, 2013

Harga Rumah

Membeli Syurga: Harga Rumah

Rumahku syurgaku adalah perumpamaan yang sering diungkapkan untuk menggambarkan betapa pentingnya rumah untuk mengekal keharmonian keluarga dan masyarakat. Adalah menjadi impian hampir semua rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sebagai tempat berteduh yang selesa dan selamat untuk keluarga masing-masing. Harga rumah kini menjadi isu nasional yang penting dan menjadi bualan ramai selain daripada kenaikan harga barang asas yang lain seperti harga minyak, makanan dan sebagainya. Kebanyakan bakal pembeli rumah merungut tentang harga rumah yang dikatakan tinggi dan melampau jikapun murah lokasi rumah tersebut dikatakan jauh dari bandar, terpencil dan tidak strategik.

Faktor-faktor Mempengaruhi Harga Rumah:

Ada 3 faktor utama yang mempengaruhi harga rumah di Malaysia yang mana dibawahnya terdapat sub-faktor:


1. Makroekonomi

  • KDNK - Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat merancakkan aktiviti ekonomi dan menaikkan harga rumah
  • Inflasi - Kadar inflasi memberi kesan kepada harga bahan mentah binaan, kadar sewaan yang dikenakan meningkat, pelabur membeli rumah untuk melindungi nilai aset daripada inflasi
  • Harga Pengeluar (Producer Price Index) - Harga zink, logam, simen, kaca dan sebagainya menentukan kadar pertumbuhan harga rumah
  • Demografi/populasi penduduk - Anak-anak muda memasuki alam pekerjaan, penghijrahan (migration) penduduk luar bandar ke kawasan bandar, pembangunan pesat kawasan tumpuan meningkatkan permintaan hartanah dan rumah.
2. Sistem Kewangan
  • Kadar pinjaman asas (BLR) - BLR pada kadar selesa yang menyokong pertumbuhan harga rumah. BLR yang semakin tinggi memberi kesan negatif kepada harga rumah kerana pembeli rumah terpaksa menanggung bayaran pinjaman yang lebih tinggi
  • Pasaran saham - Bursa Saham FBM KLCI yang mengalami pertumbuhan rancak juga mempengaruhi kenaikan harga rumah.
3. Polisi Kerajaan
  • Real Property Gains Tax - cukai yang dikenakan keatas keuntungan selepas menjual hartanah pada tempoh kurang daripada (contoh 3-5 tahun) yang ditetapkan kerajaan. Pemansuhan dan pengenalan atau kenaikan RPGT mempengaruhi harga rumah
  • Nisbah pinjaman kepada nilai 70% (loan-to-value, LTV ratio) - 70% LTV ratio dikenakan kepada pembeli rumah yang mempunyai lebih daripada 2 pinjaman perumahan iaitu: pembeli rumah ketiga dan seterusnya perlu membayar bayaran muka (downpayment) sebanyak 30% daripada harga rumah dan hanya layak untuk mendapat pinjaman 70%. LTV ini juga mempengaruhi harga rumah di Malaysia.
4. Faktor-faktor lain:
  • Spekulasi hartanah - Pelabur-pelabur rumah yang mencari keuntungan cepat daripada kenaikan harga rumah mendadak dengan membeli dan menjual pada tempoh masa yang pendek
  • Pemaju perumahan - Skim belian rumah melalui Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) di mana pemaju perumahan akan menanggung bayaran faedah atas pinjaman perumahan sehingga rumah itu siap. Pembeli hanya perlu mengeluarkan 'downpayment' dan akan mula membayar pinjaman mereka setelah rumah itu siap. (faedah pinjaman yang ditanggung pemaju sebenarnya sudah difaktorkan ke dalam harga rumah maka harga rumah semakin tinggi)

Langkah memperketat pinjaman perumahan oleh Bank Negara Malaysia pada Julai lepas juga kemungkinan besar akan memberi kesan kepada kenaikan harga rumah yang mana kesannya hanya boleh dinilai selepas setahun dua polisi ini dilaksanakan.


Didalam konsep pasaran bebas dan terbuka kita tidak boleh menghalang sesiapa untuk membeli dan menjual rumah. Ini termasuk kepada pemaju, pelabur hartanah, spekulator dan lain-lain. Walaubagaimanapun untuk mengimbang kenaikan harga rumah mendadak, sedikit campurtangan melalui polisi kerajaan adalah perlu.  

Selain daripada itu, budaya pemilikan rumah perlu dinilai semula melalui pelbagai faktor contohnya kemampuan membeli dan memilki rumah. Adalah lebih baik sekiranya kemampuan kewangan individu dipertingkatkan dahulu sebelum kita berfikir untuk memiliki rumah. 

Tidak ada salahnya menyewa dahulu untuk tempoh masa yang sesuai dan kemudiannya membeli rumah setelah kedudukan kewangan kita sudah selesa (mungkin setelah berkeluarga). 

Mudah kita menuding jari kepada pemaju dan kerajaan kerana kenaikan harga rumah dan jarang kita menyalahkan pembeli rumah termasuk pelabur dan spekulator pasaran yang juga berperanan menjadi penyebab kepada kenaikan harga rumah yang mendadak. Kita juga sering lupa impian memiliki rumah ini juga menyumbang kepada kenaikan harga rumah.

Semoga langkah-langkah mengawal kenaikan harga rumah tersebut akan diperkenalkan dan dapat memberi peluang kepada mereka yang mampu untuk memiliki 'syurga' sendiri. Rumah kita syurga kita dan sepatutnya tiada syurga yang akan membebankan penghuninya. Terima kasih kerana membaca.

Untuk artikel penuh sila klik DISINI

No comments:

Post a Comment